Katanama
Katalaluan
Konsep Pendidikan Pra Sekolah

Konsep program ini adalah seperti berikut:

  • Mengembangkan potensi anak sebagai bibit-bibit persiapan untuk menerima amanah Allah.
  • Membentuk keperibadian dan pandangan hidup anak dengan menyediakan suasana anak belajar secara bermakna.
  • Mendasarkan dan mengarah setiap pembentukan dan perkembangan serta tasawwur anak berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.
  • Menyediakan anak agar mereka dapat melaksanakan peranannya sebagai hamba Allah dengan mengambil kesempatan waktu awal pendidikan untuk membina jiwa anak yang kenal dan terikat dengan Allah s.w.t.
  • Menyediakan anak agar mereka dapat melaksanakan peranannya sebagai khalifah Allah dengan memupuk kebolehan membuat pilihan dan membina akalnya melihat setiap perkara sebagai suatu yang berkaitan dan mengarahkan setiap pembinaan akal agar dapat menghubungkait setiap penciptaan dan perkara yang berlaku kepada Allah s.w.t. dan konsep penting dalam Islam seperti tawakkal, qada' dan qadar.
2013 © Hakcipta Terpelihara, Andalus Corporation Pte. Ltd. Dibangunkan oleh A. Shahrizal